Pertandingan Sayembara Puisi
bersempena dengan
SAMBUTAN HARI PUISI SEDUNIA
21 MAC 2024
TRIVIA
Hari Puisi Sedunia dianjurkan pada 21 Mac setiap tahun. Antara tujuan penganjuran program ini ialah untuk meraikan ekspresi dan identiti budaya dalam masyarakat yang berbilang bangsa.
UNESCO telah mengiktiraf tarikh 21 Mac setiap tahun sebagai Hari Puisi Sedunia semasa Persidangan Agung ke-30 di Paris pada 1999. Menerusi program sambutan Hari Puisi Sedunia, martabat golongan penyair, dapat dihargai dalam kalangan masyarakat di sesebuah negara.
Penganjuran Hari Puisi Sedunia diharap dapat menggerakkan semula pelbagai aktiviti seni seperti tradisi lisan, deklamasi puisi, bengkel penulisan dan pengajaran puisi. Selain itu, persembahan seni yang lain misalnya teater, tarian, muzik dan lukisan juga dapat dilibatkan dalam usaha untuk mengangkat martabat puisi di mata dunia.
PERTANDINGAN SAYEMBARA
PUISI 2024
Bagi meraikan Sambutan Hari Puisi Sedunia 2024, Pejabat EM Beijing membuka gelanggang Pertandingan Sayembara Puisi dan menjemput para Mahasiswa Malaysia yang sedang menuntut di negara liputan EM Beijing-China, Rusia, Japan dan Korea, serta mahasiswa China yang menuntut pengajian Melayu dan Bahasa Melayu di China untuk menghantar video rakaman sayembara Puisi yang kreatif bagi mempamerkan bakat seterusnya dianugerahkan hadiah yang menarik.
SYARAT PERTANDINGAN
1.
Peserta mestilah merupakan mahasiswa yang sedang berada dalam tempoh pengajian;
2.
Rakaman puisi menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya;
3.
Mahasiswa Malaysia yang menyertai pertandingan mestilah sedang menuntut di negara China, Rusia, Japan atau Korea;
4.
Mahasiswa China yang menyertai pertandingan mestilah sedang menuntut Pengajian Melayu atau Bahasa Melayu di negara China;
5.
Rakaman video perlu dimulakan dengan memperkenalkan diri dengan nama, nama universiti, tajuk Puisi dan nama penulis asal puisi yang akan dideklamasikan.
FORMAT PERTANDINGAN
1.
Peserta boleh menggunakan kreativiti masing-masing dalam menghasilkan karya video sayembara puisi;
2.
Pertandingan akan diadakan dalam dua (2) kategori, iaitu kategori Mahasiswa Malaysia di negara liputan EM Beijing, dan Mahasiswa China yang sedang menuntut Pengajian Melayu dan Bahasa Melayu di negara China;
3.
Puisi tidak boleh mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti agama, kaum atau provokasi yang boleh mengganggu atau menyinggung perasaan antara kaum;
4.
Video tidak boleh melebihi tempoh tiga (3) minit;
5.
Karya perlulah dihantar sebelum 31hb Mac 2024 melalui pautan yang disediakan untuk pendaftaran.
PENDAFTARAN
DAFTAR SEKARANG!
KATEGIORI MAHASISWA
MALAYSIA
KATEGORI MAHASISWA
NEGARA CHINA
Peserta perlu mengikut kategori masing-masing bagi tujuan pendaftaran. Jika terdapat sebarang masalah dengan kod QR, sila hubungi Cik Woo dengan Whatsapp +60182968012 atau Wechat ID: c_yyuan .
HADIAH
KATEGORI
MAHASISWA
MALAYSIA
JOHAN
Wang Tunai
RM 500
Sijil Penyertaan
NAIB JOHAN
Wang Tunai
RM 300
Sijil Penyertaan
TEMPAT KETIGA
Wang Tunai
RM 200
Sijil Penyertaan
5 X SAGUHATI
RM100
Sijil Penyertaan
KATEGORI
MAHASISWA
NEGARA CHINA
JOHAN
Wang Tunai
RM 500
Sijil Penyertaan
NAIB JOHAN
Wang Tunai
RM 300
Sijil Penyertaan
TEMPAT KETIGA
Wang Tunai
RM 200
Sijil Penyertaan
5 X SAGUHATI
RM100
Sijil Penyertaan
UNIT ORGANISASI
ANJURAN
SEKRETARIAT
RAKAN STRATEGIK
RAKAN PROMOSI
扫码关注MSAC.
官网 |
https://msacofficial.com/
Facebook |
马来西亚旅华学生会 Malaysian Students Association in China - MSAC
Instagram | msac.china
Youtube | 马来西亚旅华学生会MSAC
Sumber: EMB Beijing
Susun taip: Amelia Pang Xing Rou | Jabatan Media MSAC
Editor Artistik: Amelia Pang Xing Rou | Jabatan Media MSAC
Semakan awal: Kumpulan Pengerusi MSAC
Semakan akhir: EMB Beijing