【Aktiviti】Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2024

文摘   2024-08-07 21:19   马来西亚  

Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan ke-67 yang sangat gemilang. Ini adalah saat yang dinanti-dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia untuk meraikannya bersama! Untuk mengimbas kembali hari yang bermakna ini, kami dengan tulus mengundang semua pelajar Malaysia yang belajar di luar negara untuk turut menyertai dalam acara sambutan Hari Kebangsaan yang telah kami rancangkan secara teliti.


Tema

Malaysia Madani: Jiwa Merdeka


Tarikh

2024/08/07 – 2024/08/31


Platform (Undi)

Instagram @msac.china


Peserta

Para Mahasiswa Malaysia yang sedang menuntut 

di negara liputan EM Beijing-China 

(termasuk Hong Kong, Macau, Taiwan), 

Rusia, Japan dan Korea



Aktiviti Pertama: 

Jendela Era Malaysia

Melintasi lorong sejarah, menggunakan lensa untuk menangkap perubahan zaman dan keindahan gabungan tradisional dan moden di Malaysia. Sama ada perubahan siluet garis langit di bandar atau keindahan tradisi di lorong-lorong, setiap bingkai adalah sebuah cerita, setiap detik layak dikenang.


1

Bentuk Aktiviti

  • Pertandingan ini bertujuan untuk menguji kebolehan peserta dalam menangkap pemandangan, potret, objek, dan budaya dari pelbagai sudut pandang serta kemampuan kreatif dalam fotografi, untuk menunjukkan perjalanan pembangunan hebat dan perkembangan moden Malaysia.

  • Pertandingan ini akan dipromosikan secara meluas melalui media sosial dan platform rasmi untuk meningkatkan pendedahan karya-karya peserta.

  • Jurugambar profesional dan juri seni akan dijemput untuk menilai karya, dan pemenang akan dipilih berdasarkan teknik fotografi dan tema karya.

2

Peraturan Aktiviti

  • Karya mesti sesuai dengan tema "Malaysia Madani: Jiwa Merdeka", menunjukkan perubahan masa dari segi tradisi dan kemodenan serta pemandangan yang berubah-ubah.

  • Setiap peserta hanya boleh menghantar satu karya.

  • Karya mesti asli, tidak boleh pernah memenangi pertandingan lain atau dipaparkan secara terbuka.

  • Karya mesti disertakan dengan keterangan bertulis (tidak melebihi 100 perkataan).

  • Format gambar adalah JPG/JPEG/PNG dengan resolusi tidak kurang daripada 300 dpi.

3

Cara Pendaftaran

  • Peserta boleh mendapatkan maklumat dan butiran pertandingan melalui risalah promosi.

  • Peserta mendaftar melalui borang soal selidik pendaftaran.

  • Peserta perlu mengisi maklumat peribadi, nombor WeChat, akaun Instagram, alamat emel, saluran masuk pertandingan, dan melampirkan gambar penyertaan.

  • Setiap peserta tidak boleh mendaftar lebih daripada sekali.


Hadiah Aktiviti

Anugerah Kecemerlangan x3

Wang tunai RM300 + Sijil Anugerah

Anugerah Pilihan Awam

Wang tunai RM150 + Sijil Anugerah


  • Setiap peserta akan mendapat sijil penyertaan.

  • Keputusan akan diumumkan pada 31 Ogos di platform rasmi dan media sosial.

Aktiviti Kedua: 

Kembara Pakaian Tradisional Malaysia 

Pakai pakaian tradisional Malaysia anda dan berkunjung ke bangunan-bangunan ikonik di dalam dan luar negara, membiarkan tradisi dan moden bersatu dengan sempurna pada saat ini.


1

Bentuk Aktiviti

  • Pertandingan ini menggalakkan peserta untuk mengambil gambar di pelbagai lokasi untuk meluahkan pemahaman mereka tentang budaya, mempromosikan pertukaran budaya, dan menunjukkan keterbukaan serta toleransi Malaysia.

  • Pertandingan ini akan dipromosikan secara meluas melalui media sosial dan platform rasmi untuk meningkatkan pendedahan karya-karya peserta.

  • Pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah "like" yang diterima, di mana pengundi perlu mengikuti platform rasmi untuk undian dikira sah, demi meningkatkan keadilan aktiviti dan penglibatan awam.

  • Undian awam akan menilai berdasarkan kesesuaian tema warisan dan perpaduan budaya, serta keindahan dan komposisi gambar.

2

Peraturan Aktiviti

  • Pertandingan ini adalah pertandingan individu, tidak boleh disertai sebagai pasukan. 

  • Peserta harus memakai pakaian tradisional dan mengambil gambar di depan bangunan ikonik di Malaysia atau luar negara untuk menunjukkan warisan budaya Malaysia.

  • Karya harus sesuai dengan tema “Malaysia Madani: Jiwa Merdeka”, peserta boleh memasukkan elemen ciri khas Malaysia lainnya.

  • Setiap peserta hanya boleh menghantar satu karya.

  • Karya mestilah asli, belum pernah memenangi pertandingan lain atau diterbitkan secara terbuka.

  • Karya harus disertakan dengan keterangan (tidak lebih daripada 100 perkataan), kandungan salinan termasuk memperkenalkan asal dan lokasi pakaian tradisional yang anda pakai, tidak terhad pada proses penggambaran, pengalaman dan lain-lain.

  • Format gambar adalah JPG/JPEG/PNG, resolusi tidak kurang daripada 300 dpi.

3

Cara Pendaftaran

  • Peserta boleh mendapatkan maklumat dan butiran pertandingan melalui risalah promosi.

  • Peserta mendaftar melalui borang soal selidik pendaftaran.

  • Peserta perlu mengisi maklumat peribadi, nombor WeChat, akaun Instagram, alamat e-mel, saluran masuk pertandingan, mengisikan jenis pakaian tradisional yang dipakai dan melampirkan gambar penyertaan.

  • Setiap peserta tidak boleh mendaftar lebih daripada sekali.


Hadiah Aktiviti

Anugerah Pilihan Awam x3

Wang tunai RM150 + Sijil Anugerah

  • Setiap peserta akan mendapat sijil penyertaan.

  • Keputusan akan diumumkan pada 31 Ogos di platform rasmi dan media sosial.


Pendaftaran

Langkah pendaftaran mudah dan pantas! 

Dengan mengimbas kod QR yang tertera di atas, 

anda dapat menyertai acara ini!


Proses Aktiviti

2024/08/22

Tarikh akhir pendaftaran dan penghantaran karya pada 23:59pm

2024/08/24 - 2024/08/29

Penyiaran karya peserta dan undian umum bermula

Pemilihan oleh juri (Terpakai untuk aktiviti pertama)

2024/08/29

Penutupan undian umum pada 23:59pm

2024/08/31

Pengumuman keputusan dan penyiaran promosi


Marilah kita menggunakan lensa kamera

untuk menceritakan kisah Malaysia dan

menyampaikan kegembiraan perayaan!


Pihak Penganjur

Pihak Sokongan

Pihak Promosi




扫码关注MSAC.



Facebook |

 马来西亚旅华学生会 Malaysian Students Association in China - MSAC 

Instagram | msac.china

Youtube | 马来西亚旅华学生会MSAC

LinkedIn | 

Malaysian Students Association in China (MSAC)


Sumber Maklumat: MSAC Jabatan Projek

Pengarang: Lim Zi Wei | Jabatan Media

Penerjemah: Shawal Ian Fitri | Jabatan Setiausaha

Penata Letak & Pereka Bentuk: Lim Zi Wei | Jabatan Media

Pengulas Akhir: Kumpulan Pengerusi MSAC

马来西亚旅华同学会 MSAC
传递学生会信息
 最新文章