【Acara】 MSAC Pertandingan Vlog

文摘   其他   2024-04-20 23:23   浙江  



MELINTASI LIMA PULUH TAHUN,

KUMPUL KENANGAN

PENGAJIAN DI CHINA ANDA -

MSAC PERTANDINGAN VLOG



Introdusi mengenai penubuhan hubungan

diplomatik antara China dan Malaysia


Hubungan diplomatik antara Malaysia dan China, yang disambut baik pada tahun 2024, menandakan pengiktirafan rasmi kedua-dua negara dan penubuhan hubungan diplomatik sempena ulang tahun ke-50. Pengalaman pengajian ini bukan sahaja perjalanan pencarian ilmu, tetapi juga perjalanan penjalinan budaya China yang mendalam. Hubungan ini bukan sahaja memudahkan kerjasama politik antara kedua-dua negara, tetapi juga membolehkan pelbagai bentuk pertukaran budaya, pendidikan, dan ekonomi. Oleh itu, MSAC telah menganjurkan pertandingan Vlog dan mengalu-alukan perkongsian pengalaman pengajian berharga anda di China.



Penerangan Aktiviti


Dengan penuh kehangatan, kami mengalu-alukan anda untuk berkongsi pengalaman berharga anda semasa pengajian di China. Pengalaman anda tidak hanya terhad kepada bidang akademik, tetapi juga melibatkan interaksi mendalam dengan budaya China, rindu kepada kampung halaman di Malaysia, serta pemahaman yang mendalam terhadap hubungan persahabatan antara kedua-dua negara. Anda dijemput untuk menceritakan kisah-kisah kehidupan anda di negara asing, mendedahkan keseronokan, cabaran, dan pencapaian yang anda alami di China, sambil menghayati keunikan budaya dan kepelbagaian makanan di Malaysia, serta keharmonian yang wujud di antara pelbagai etnik.



Peraturan Pertandingan


  1. Topik video: Melintasi Lima Puluh Tahun, Kumpul Kenangan Pengajian di China Anda.


  2. Video tidak boleh mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti agama, kaum atau provokasi yang boleh mengganggu atau menyinggung perasaan antara kaum.


  3. Setiap video yang dihantar perlu berada dalam lingkungan masa 3 hingga 5 minit.


  4. Video hendaklah dalam format landskap.


  5. Tarikh akhir penyerahan video ialah 20 Mei 2024.


  6. Hak penjelasan terakhir adalah milik MSAC.










Tempoh Pertandingan















21 April

20 Mei








Fasa pengumpulan karya.








21 Mei

29 Mei








Fasa penilaian. Fasa ini termasuk penilaian oleh juri pakar dan undian awam untuk memilih.


Pada 21 Mei, MSAC akan memuat naik video yang dikumpulkan ke saluran YouTube rasmi, di mana orang ramai boleh menyokong video yang mereka suka dengan memberi 'like'. Akan dianugerahkan berdasarkan jumlah 'like' yang diterima oleh setiap video di saluran YouTube MSAC. 








31 Mei








Pengumuman keputusan.









Kriteria Penilaian









Kesesuaian Tema Video: 50%

Kekayaan Kandungan Video: 30%

Teknik Penggambaran dan Penyuntingan: 20%










Penetapan Hadiah









Johan: RM400

Naib Johan: RM300

Ketiga: RM200

Saguhati (x3): RM150

Anugerah Populariti: RM150

[Anugerah Populariti dipilih oleh orang ramai melalui saluran YouTube MSAC dan dipilih berdasarkan jumlah like yang diterima]










Butiran Pendaftaran









Pelajar yang berminat boleh imbas kod QR di bawah untuk mengisi borang pendaftaran,

dan sertai kumpulan WeChat peserta.

Jangan lepaskan peluang ini!

Segera kongsi kisah anda!


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui WeChat, Instagram, atau e-mel.

    Pihak Penganjur    

    Pihak Sokongan    

    Pihak Promosi    





扫码关注MSAC.



官网 |

https://msacofficial.com/

Facebook |

 马来西亚旅华学生会 Malaysian Students Association in China - MSAC 

Instagram | msac.china

Youtube | 马来西亚旅华学生会MSAC


Pengarang: Lee Jia Xin | Jabatan Sekretari

Penata Letak: Thang Jia Yen | Jabatan Media

Pereka Bentuk: Thang Jia Yen | Jabatan Media

Penterjemah: Tong Zhi Qin, Lee Jia Xin | Jabatan Sekretari

Pengulas Akhir: Kumpulan Pengerusi MSAC


马来西亚旅华同学会 MSAC
传递学生会信息
 最新文章